Sunday, 16 September 2012

Perjalanan mencari-Mu

                 ... kenangan bersama sahabat di Melaka (i-Prokhas)...


Perjalanan mencari-Mu bermula...

 'Alah, best ke pergi program-program macam nih?'
 ' Takde thrill la  kalau asyik dengar ceramah je. Bosan giler.'
 ' Nanti mesti kene qiam, solat jemaah. Malasnye. '
 ' Mesti ada muhasabah, nangis-nangis segala bagai lah. Huh. '


       Terdengar bisikan-bisikan halus membuat prediction tentang apa yang bakal dilalui. Lontaran kata demi kata yang tanpa disedari sebenarnya meletakkan kayu ukur akan dapatan daripada perjalanan ini. Kusam wajah yang dipamerkan, berat langkah yang ditarik dan layunya goyangan badan cukup menggambarkan kelamnya hati untuk menerima ilmu Allah yang berharga ini. Namun siapa kita untuk membantah arahan pihak atasan. Dipaksa juga jasad dan rohani ini untuk hadir menyertai perjalanan yang bakal mencorakkan suatu perubahan.

       Detik pertama bermula, perkongsian mengenai cabaran hidup di luar negara disajikan untuk para peserta. (Eh, lupa pula nak bagitau. I.Allah inilah muka-muka yang bakal terbang ke UK 2013 nanti. Doakan kami.) Menarik.Namun belum cukup untuk menarik hati-hati yang agak kelam tadi. Peekongsian hanya diambil sebagai rujukan agar tidak 'terkena' perkara yang sama di sana nanti.Tidak sedar 'di sana' yang abadi adalah lebih penting. Tak pe, kita tengok nanti.

       Acara yang boleh dikatakan semua orang pun ternanti-nanti, Explorace. Bersemangat, mungkin, itu yang terpamer di wajah peserta. Sebaik sahaja dimulakan, peserta perlu mencari orang tertentu untuk mendapat task seterusnya. Okay, succeed! Task 2, tasmi' Al-Quran ? 'Alamak, aku mana ingat surah-surah yang panjang. Mesti tak lepas punya lah kat sini.' Ketar, risau, kecewa. Itu yang dirasai kebanyakkan peserta. Alhamdulillah, semua kumpulan berjaya melepasi Task 2 walaupun mengambil masa yang agak lama. Task 3 dan seterusnya bakal dilunasi di dalam hutan pula.

       Hutan, walaupun tak hutan sangat, cukup tenang dirasai berada di perutnya. Terjahan demi terjahan minda dilontarkan pada kami. 'Seronokkan ada dalam hutan ni?' 'Seronok,seronok. Sejuk ke rasa.' 'Oh, sejuk. Hutan di siapa punya,ye?' 'Allah punya lah. Kan semuanya Allah yang cipta.' 'A'ah kan. Tapi kenapa ada orang yang masih tak bersyukur walaupun dia tahu semua nikmat ni Allah yang beri?' Auch,tertusuk di situ. Terdiam. Berfikir. Perjalanan diteruskan. 'Ok, kamu semua perlu mencari barang-barang yang telah disorokkan. Carilah di mana pun kamu mahu.' ' Eh, cepat. Kita cari asing-asing. Do it as fast as you can but don't miss even a single thing.' 'Satu jumpa.' 'Dua, tiga jumpa' ' Empat dan lima jugak.' 'Alamak, semua dah jumpa tinggal lagi satu je ni.' 'Ha, dah jumpa semuanya?' ' Belum,ada satu barang lagi belum tapi kami dah cari serata tempat dah.' 'Betul kamu dah cari semua tempat?' ' Betul,tuan.' 'Ada kamu cari kat tempat saya duduk ni?' A'ah la. Belum lagi. 'Eh, dah jumpa. Betul-betul depan mata. Tak tersorok pun. Tapi kenapa tak jumpa ye tadi?' ' Bila Allah nak lindung mata kamu, walaupun benda tu dah ada depan mata, kamu tetap takkan nampak.Tapi apa pun kamu buat, semua Allah nampak.' Lagi sekali. Makan dalam mendengarnya.
Checkpoint seterusnya. Di sini kami perlu menyeberangi anak sungai, dengan syarat, semua barang yang diamanahkan tak boleh basah walaupun sikit. Air pula paras dagu. Nasib baik ada tali. Tapi...lepas seberang sungai perlu daki bukit pula. Tak pe tak pe. Allah ada. I.Allah semuanya selamat. Checkpoint terakhir. Muhasabah lah pulak. Ini yang lemah ni.

...bersambung...

Aku ingin bangkit!

       " Eh, mama! Tengok baby tu. Comel je dia merangkak. "
       " Memanglah dik. Setiap insan yang cuba bangkit itu sentiasa tinggi azamnya. Itu yang nampak comel, bagus dan bersemangat. Sama macam kita juga. Kalau kita rajin berusaha, tak putus asa, orang akan nampak kita sebagai insan baru. Tapi ingat, kalau nak buat apa-apa pun, niat mesti kerana Allah. Barulah betul apa yang diusahakan tu. "
       " Err, mama. Adik tak faham lah."
Senyum.

       " Okay, macam ni. Adik rasa baby tu comel, kan? Kenapa comel? "
       " Cara dia cuba nak merangkak. "
       "Adik nampak baby tu berhenti tak kalau dia jatuh? "
Adik menggeleng.
       " Baby tu tetap cuba untuk terus maju ke depan, kan? Sebab apa? Sebab dia nak cuba yang baru. Sebab dia nak belajar untuk maju. Mungkin adik akan kata 'Alah, baby tu bukan tahu apa-apa pun', tapi sebenarnya baby pun macam kita juga, macam orang besar. Cuma kita yang tak faham komunikasi mereka. Baby tu cuba bangkit sebab dia yakin janji Allah yang dia akan dapat apa yang diusahakannya. Adik faham tak? "
Angguk-angguk.
        " Jadi, apa yang adik belajar hari ni? "
        " Niat kerana Allah sebab kita tau Allah ada dengan kita. Dan...rasa macam nak ada baby la, mama. Hihi... "


...tengok, baby nih siap boleh merangkak naik tangga lagi tu. Man jadda wa jada...



' Dan bahawa manusai hanya mendapat apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kelak (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmu lah kesudahannya (segala sesuatu). '
                                                     ( Surah An-Najm, 53:39-42 )