Friday, 11 January 2013

Dhuha yok!


...indahnya dhuha dan rahsia alamnya...

Dhuha? Apa itu dhuha? Ini, serba sedikit mengenai dhuha. :)

     Dhuha itu paling dicintai oleh Rasulullah. Ia dapat menanbah rezeki, juga tanda kesyukuran atas nikmat Ilahi. Bila dhuha boleh dilaksanakan? Berdasarkan satu hadis Rasulullah, waktu dhuha bermula 18 minit selepas syuruk dan berakhir 18 minit sebelum Zohor. Kiranya, kalau nak solat dhuha jam 12 tengahari pun still boleh tapi, melihat pada masyarakat di Malaysia, ianya akan menjadi satu kelainan dan janggal. Rakyat Malaysia selalunya solat jam 8 pagi hingga 11 pagi macam tu je. Namun, tidak menjadi satu kesalahan untuk solat jam 12 pun. Ini bukan ajaran sesat,ye.

     Okay, move on to when should we perform dhuha prayer. Bilakah? First, sebelum menjejakkan kaki keluar dari rumah, sama ada menuju ke gedung ilmu mahupun beli belah. But why? Untuk mendapat keberkatan atas segala urusan kita. Supaya ilmu mudah diserap ke dada, supaya tidak berlaku pembaziran ketika bershopping sakan, juga untuk melindungi setiap derap langkah kaki ini. Chewah. Dua. Di tempat kita mencari rezeki dan ilmu. Also for the same reason, for kaf.ba.ro.kaf.taa.nun ( keberkatan ). Juga agar kita amanah dalam menjalankan tugas.

     Tapi, tapi, tapi, macam mana nak buat solat dhuha ni? Mudah je kaifiatnya. Solat dhuha boleh dilaksanakan dari 2 rakaat hingga 12 rakaat ( 2 rakaat 1 salam ), bergantung pada kemampuan individu. Pada rakaat pertama disarankan membaca Surah Asy-Syams dan Surah Ad-Dhuha pada rakaat kedua. But no worries. Andai kata tidak menghafalnya, cukuplah sekadar apa-apa surah yang lekat diingatan. Berkenaaan dengan niat dan doanya, sila perhati imej di bawah, ye.






InsyaALLAH, mudah-mudahan sedikit ilmu ini dapat disebarkan. Ayuh, berusaha menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dari hari semalamnya. Setiap amalan yang beserta dengan niat yang ikhlas, telah ALLAH sediakan ganjarannya. Selamat beramal. :)


No comments:

Post a Comment