Muhasabah? Alah, takpe Ustaz bukan tahu pun kalau kita tipu, tapi...Allah tahu. Gulp! Takpe, takpe. Nanti aku taubat la. Sekarang ni malulah kalau kawan-kawan tahu aku selalu buat benda 'kureng' baik ni.
" Baiklah, sekarang saya nak kamu semua jujur dengan diri sendiri. Benda ni bukan untuk saya tapi untuk kebaikan diri kamu juga. Saya nak kamu undur setapak kalau kamu tak amalkan apa yang bakal saya kata dalam masa seminggu yang lepas. Faham ye semua?" Semua mengangguk jelas. "Siapa ada tinggal solat 5 waktu?" Err... " Selawat untuk Nabi tiga kali sehari?" Err...lagi " Doa untuk ibu bapa?" Oh,ini aku buat ni. Stay, stay. "Buat kerja untuk ALLAH?" Apa pulak ustaz ni. Ah,cakap je lah ada. " Baca Quran 1 juzuk?" ect..ect.." Okay, sekarang kamu tengok balik kedudukan kamu dari awal tadi. Saya tak nak cakap apa-apa. Kamu fikirkan apa hikmahnya semua ni sendiri. Kamu tahu bila kamu lahir?" Angguk. Dan angguk. "Kamu tahu bila kamu akan mati?" Ter.tun.duk. "Dah mati nanti nak jumpa ALLAH macam mana? Dengan bawak semua amalan kamu yang lompong tu? Fikir. Dah, bersurai."
Kami akhirnya bergerak pulang untuk ke checkpoint penamat. Penat. Seronok. Sentap. 3 in 1. Kini hati yang tadinya kelam, sedikit tersentak. 'Harus aku fikir bagaimana pengakhiran hidupku ini. Tak mudah untuk ku hadapi saat mati nanti. Tidak! Aku masih muda. Tidak aku mati awal.' Berjalan. Dan terus berjalan. Di checkpoint penamat pula, kami dikejutkan dengan barang-barang kami yang dirampas. Apa yang kami punya waktu ini, hanyalah kunci bilik yang tunggal. Bergegas kami ke bilik dan bersiap untuk solat maghrib.
Malamnya, sajian membuka selera untuk kami. Pelbagai juadah kami nikmati dalam gelak ketawa yang gembira. Kemudian kami bergerak ke dewan untuk slot seterusnya. 'Eh, kenapa dewan ni gelap je?' Kami bergerak dan duduk hanya berpandukan fasi-fasi yang baik hati. Tiba-tiba pintu dewan dibuka sekali lagi. Sesuatu yang menarik perhatian semua dibawa masuk. Mayat! Lebih tepat, replika mayat! Sekali lagi kami diberi silent lesson. Ustaz hanya mahu kami berfikir, berfikir dan berfikir, muhasabah, muhasabah dan muhasabah. Hati kini lebih terbuka. Tambah lagi dengan tangisan pilu menyesali khilaf yang kedengaran di serata dewan. Pulang. Dan berfikir lagi, walau dalam tidur. Zzzzz....
Esok hari, hari untuk pulang ke kolej tercinta. Beberapa fun-yet-meaningful-games dijalankan. Kata penutup dilontarkan. Kemaafan dipinta. Ukhwah terus kukuh. Isian hati terus mengalir. Hari ini aku sedar. Bukan semua orang mendapat hidayah ALLAH itu. Dan jalan hidayah itu juga berbagai. Mungkin hikmahnya ALLAH memilih hatiku ke sini untuk dipancarkan cahaya-Nya melalui tenteranya di sini. Moga bukan hanya aku yang sedar,tapi tapi tapi,KAMU juga harus sedar. Ayuh kita bangkit menjadi hamba dan khalifah ALLAH yang sejati. InsyaALLAH.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda, bahawa ALLAH SWT telah berfirman :
"Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Ku izinkan dia diperangi. Tidaklah hamba-Ku menghampiri-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai daripada jika dia mengerjakan amal yang Kuwajibkan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, jadilah Aku telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku, pasti Kuberi dan jika dia minta perlindungan kepada-Ku pasti Kulindungi."
( Riwayat al-Bukhari no. 6137 )
- rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi -

...selagi mentari pagi itu ada, jangan pernah berhenti mencuba untuk berubah...
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda, bahawa ALLAH SWT telah berfirman :
"Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Ku izinkan dia diperangi. Tidaklah hamba-Ku menghampiri-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai daripada jika dia mengerjakan amal yang Kuwajibkan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, jadilah Aku telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku, pasti Kuberi dan jika dia minta perlindungan kepada-Ku pasti Kulindungi."
( Riwayat al-Bukhari no. 6137 )
- rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi -
No comments:
Post a Comment