Thursday, 24 January 2013

Tahsinul 'Ibadah

Tahsinul 'ibadah merupakan salu slot di radio IKIM ( Institut Kefahaman Islam Malaysia ). Semoga apa yang disampaikan akan tembus di ingatan, teramal di fizikal. :)

1) Sekiranya solat jemaah telah dimulakan, namun kita belum mengambil wudhu', maka tidak disunatkan mengambil wudhu' dengan 3 kali basuhan - tujuan mempercepatkan wudhu' untuk menyertai jemaah kerana tuntutan solat berjemaah itu lebih besar.

2) Untuk masuk imam ( masbuk ) sekiranya imam tidak mengetahui, makmum perlulah mengangkat takbir terlebih dahulu sebelum menepuk bahu imam bukanlah tepuk dulu baru takbir.

3) Bacaan dalam solat perlulah hanya sekadaran nada paling rendah, dengar dek telinga ( gerakan bibir, suara keluar ), namun tidaklah sehingga mengganggu jiran jemaah.

4) Surau / masjid yang ber'air-cond' atau kipas, mana yang lebih baik untuk solat jemaah? Sekiranya 'air-cond' itu dapat membantu khusyu' , maka pilihlah surau / masjid yang ber'air-cond' dan begitulah sebaliknya - kerana khusyu' itu yang perlu diutamakan.

5) Muslimin yang bermusafir selepas terbit fajar hari Jumaat, wajib solat Jumaat. Sekiranya sebelum terbit fajar ( biarpun hanya 5 minit sebelum ) maka tidaklah wajib solat Jumaat itu.

6) Solat sendirian di rumah bagi muslimat adalah lebih baik sekiranya dia ke surau / masjid bakal menimbulkan fitnah / perkara buruk (baik si muslimat ataupun orang sekeliling ).

7) Doktor boleh hentikan solatnya dan surgoen boleh jamakkan solatnya untuk kemaslahatan pesakitnya - solat ada keringanan sekiranya melibatkan nyawa.(eg : Hentikan solat untuk menyelamatkan orang lemas. Jamakkan solat untuk elak kecuaian ketika pembedahan dijalankan. )


No comments:

Post a Comment