Surah Al-Masad. Jika direnung ditadabbur isinya jelas surah ini Allah turunkan untuk menjelaskan perihal Abu Lahab. Siapa itu Abu Lahab? Abu Lahab atau nama sebenarnya Abu 'Uzza bin Abdul Mutalib ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Lahab mendapat gelarannya disebabkan rupanya yang sangat hensem. Digambarkan oleh ulama', Abu Lahab mempunyai kulit yang putih kemerah-merahan, hidung yang mancung, rambut berbelah keperangan. ( Kebiasaannya rata-rata orang Arab berambut hitam. )
Kalimah 'lahab' diulang sebanyak dua kali, jika diperhatikan. 'Lahab' yang pertama merujuk kepada Abu 'Uzza manakala 'lahab' yang kedua bermaksud percikan api. Mengapa? Mengapa? Mengapa percikan api? Telah diriwayatkan bahawa Abu Lahab merupakan antara orang yang kuat menentang perjuangan Nabi s.a.w. Bahkan dalam Surah Al-Masad ada juga disebut mengenai isterinya, Ummu Jamil. Bukan hanya isteri Abu Lahab yang dikutuk Allah, bahkan termasuk seluruh keluarganya. Anak mereka yang bernama Utbah dan Utaibah telah berkahwin dengan dua puteri Nabi s.a.w, Ummu Kalthum dan Rukayah. Sebaik mengetahui bahawa Nabi s.a.w membawa ajaran agama suci yang difikirkannya telah menyalahi ikutan nenek moyang mereka, Abu Lahab segera menyuruh anaknya menceraikan isteri mereka. Utbah lalu menceraikan isterinya dan meludah ke muka Nabi. Nabi lalu bersabda: 'Ya Allah, hantarkanlah anjing-anjing Kau terhadapnya' Pada suatu malam, Utbah berasa takut dan tidak selamat. Dia laalu meminta rakan-rakannya untuk tidur disekelilingnya. Namun , dengan kuasa Allah, keesokan paginya setelah bangun daripada tidur, didapati badan dan tubuh Utbah tidak lagi bersama. Menceritakan ini, jelas bagaimana hinanya keluarga Abu Lahab.Abu Lahab lagikan jelas kejahatannya terhadap Nabi s.a.w. Dia pernah merentap rida' yang dipakai Nabi s.a.w sehingga berbekas di leher Nabi s.a.w. Ini menunjukkan rasa tidak hormatnya pad Nabi s.a.w. Pada lain kejadian, dia pernah membaling batu kepada Nabi s.a.w sehingga luka-luka pada badan Nabi s.a.w.
Surah AL-Masad jelas menceritakan siksaan yang diterima Abu Lahab di akhirat. Keluarganya tidak memberi walau sedikitpun manfaat terhadapnya. Dia akan dijulang api neraka dengan pelbagai siksaan yang memeritkan. Ada diceritakan ulama' yang bermimpi bertemu dengannya, Abu Lahab akan disiksa sepanjang masa kecuali direhatkan pada hari Isnin. Apabila ditanya mengapa, dikatakan kerana dia pernak bergembira saat kelahiran Nabi s.a.w pada tanggal 12 Rabiul awal yang jatuh pada hari Isnin. Saat dikhabarkan berita kelahiran Nabi s.a.w oleh hambanya Suwaibah, Abu Lahab berasa sangat gembira lalu memerdekakannya. Atas sebab yang demikian, Abu Lahab tidak diazab pada hari Isnin. Namun, sebesar manakah kerehatan yang diberikan jika dibandingkan dengan azab yang diterima pada lain-lain waktu. Atas dosa dan perbuatannya didunia, Allah telah timpakannya dengan azab yang setimpal. Na'uzzubillah. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang diazab.
No comments:
Post a Comment